Wednesday, 23 January 2013

Senaman Malas

Ok la. Tgh boring ni nk cite psl senaman pulak. Manusia esp kaum hawa cukup pentingkan bentuk bdn yg menarik betol tak?? Cepat mengaku haha..*angkat tgn*

Tapi kdg-kdg rasa mls nk bersenam kn. Nk kuar uma jogging ke. Berjalan ke. Lompat tinggi ke. Tak larat.

So, aku nk kasi idea utk korg kalau korg sudi nk try ngehehe. Sbb aku rs contoh-contoh senaman ni best je. Yang penting seronok.

1) Menari / Joget / Dance

- Korg penah tak tgk artis-artis kpop? ala yg badan slim n tough tu suma. Haaa..nak tau tak diorg ni kalau practice dancing sehari nk dkt belas-belas jam gak. And at the same time, of course diorg jg makan la. Tu body pon lawa-lawa. Tapi yg aku nk highlight kat sini psl dancing. Korg nk exercise try la dancing. Ko psg lagu kuat-kuat pastu dance sekuat hati dlm bilik sorg-sorg (tapi jgn sampai kacau jiran sebelah kang ada yg  komplen). Mmg best ! Pilih la lagu rancak-rancak sket. Tak semestinya kpop. Ikut la selera hati. Sambil berjoget sambil kuarkan peluh. In shaa Allah kalau buat ni stp ari boleh turun la jugak brt bdn tu.

(tapi jgn la ko joget se-ekstrem mcm dlm pic ni..terkehel tgn kang teehee~)

Drpd takde buat ape kat uma dok ngadap fesbuk twitter bnda alah tu je kn. Memang membiak la lemak dlm bdn tu :p


2) Berbasikal / Cycling



-Ha ni lg satu senaman yg best. Nk tau nape best? Yela, ko dok je ats basikal tu kayuh pedal sambil memerhatikan pemandangan alam semesta. Syok apa. Seswai utk sapa-sapa yg nk kuruskan peha dan punggung. Untuk org-org yg pemalas mcm aku ni mmg seronok la cycling. Takyah susah pyh lari ke sana ke mari hehehe..Cycle plg skjp pon 30 mins. Try buat stp ari. Tak pon 3 kali seminggu.



Jadi, tu antara senaman-senaman yg boleh dicuba. Walaupon tak byk tapi sj nk kongsi dgn korg mana la tau ada yg berminat nk try kn hehehe..oh lagi satu, kawal pemakanan. Kalau exercise je tp tak control mkn sama je result dia. Tak pyh ssh pyh beli health products yg mhl-mhl tu. Dengan cara mcm ni je boleh bantu kita jaga kesihatan in shaa Allah :)

Written by: Le Anna


Monday, 21 January 2013

Tanam Anggur

Anggur adalah sejenis buah-buahan yg sgt sedap di makan. Sbb tu aku sibuk dok tanam anggur je semenjak dua menjak ni kat uma. Malangnya, yang ditanam suma tak berbuah. Hmm mesti korg pelik nape tbe-tbe cite psl anggur ni. Tapi post kali ni bkn nk cite pasal anggur sbnrnya. Kita nk cite psl orang-orang yg sukar mendapat kerja slps grad atau lebih dikenali dgn term saintifiknya, PENGANGGURAN.

Unfortunately, aku pon pernah tergolong dlm mereka yg menganggur. Dulu, time study x terfikir pon akn menganggur and bkn skjp. 6 bln tu! Org kata kalau menganggur lebih dari 6 bln ssh nak dpt keje. Yela employers mesti la pelik nape kita tak dpt-dpt keje lg. Adakah sbb result kita? Or sbb masalah komunikasi kita?

Sbnrnya kwn-kwn, pointer kita time blaja mmg penting. Aku dulu time grad CGPA takdela hebat mana pon. Average je tapi cukup la utk menyakinkan aku utk dpt keje in shaa Allah. And memang btol. CGPA tu menolong kita dari segi nk dptkan interview. Pendek kata mcm ni la. CGPA tu tiket utk kita dpt interview tp once dah dpt panggilan interview, ko kena asah interpersonal skills ko pulak sbb tu yg determine whether ko dpt keje tu or tak. Your potential employers nk tgk samada ko ni pandai berckp a.k.a amek ati diorg la. Ikut experience aku yg dah pegi interview beberapa kali, sumanya di conduct dlm english. So, kena practice byk la ckp english or nk lagi simple, pegi je kat yahoo then type soalan-soalan yg kerap di tanya time interview and tada ! dpt answers dia skali. Dulu, aku hapal je jwpn-jwpn kat internet haha..nak hrp aku buat skrip sendiri mmg tak la kn. 

Jadi alhamdulillah, after my 7th interview session dgn **** (private and confidential info XD) , akhirnya diorg terima aku utk bekerja di sana. Setelah hampir 6 bulan ye. Mmg sapa-sapa yg menganggur ni kena ada kesabaran yg saaaaangaaaaat tinggi. Yang penting, jgn putus harap. DO NOT EVER GIVE UP. Special thanks jugak to all my close friends yg setia mendengar keluhan aku time aku sibuk menanam anggur kat uma. Tapi tak dinafikan, mmg sgt seksa la nak tunggu dpt keje ni *sigh*

Lagi satu, korg jgn memilih sgt nk keje kata mana. Dgn competition skrg yg makin sengit, kalau ada dpt offer mana-mana grab je dulu. Even company yg bakal aku keje ni in shaa Allah pon, dia ltk kan aku kat dept yg tak kena mengena lgsg dgn field of study aku. Tapi takpe. Ble lg kn nk explore and gain experience dlm area-area keje yg lain. So actually it's a benefit for you. Dpt luaskan ilmu dan pengalaman. 

Sedikt bonus di sini (chewah). Sepanjang aku mencari keje, ni adalah website-website yg slalu aku kunjungi: 

1) Jobstreet.com
2) www.jawatankosongkerajaan.my
3) www.mudah.my

Nnt korg nk cr keje, try la usha-usha website kat atas ni ok. Mmg sgt membantu. Yang penting usaha, doa byk-byk dan tawakal. 


Solat hajat jgn lupa jugak ye. Semoga berjaya ! ^^

Written by: Le Anna

Tuesday, 8 January 2013

Facebook covers

Aku memang suke edit-edit gambar. Tapi pakai photoscape je. Photoshop nak kena belajar dgn adik aku. Tp bila install photoshop, laptop kita akan jadi berat. Iyeke?
Maybe lepas nih aku akan belajar amik gambar yang menarik pulak. Hehe..

Antara facebook covers yang aku buat untuk kawan2:

 For Ika Dewi:




For my sister:



For myself:





Gambar-gambar aku dapat dari Mr Google. Lepas tuh aku adjust dia punya colour and aku letak ayat-ayat cinta. Ayat-ayat pun aku rujuk Mrs. Google. Pasangan ideal google! Tapi ade jugak yang request ayat-ayat. Macamlah banyak sangatkan. Hehe..

Any request?

p/s: Le Anna & Le Maya ada khas untuk korang jugak nanti. =)


Written by: Le Leyn

MSG tiada tarikh luput!!

Aku masak memang tak letak nih. Dari mane entah aku dengar ianya boleh datangkan banyak penyakit mcm migraine lah. Tapi makan jugak makanan ringan. Bukan lagi banyak ke ade? Siape tak suka keropok dan seangkatan dengannya. Tapi aku lagi nak pilih makanan yang ade benda tuh. Bajet masak sihat-sihat je kat uma. Bila keluar melantak je apa-apa. Selagi boleh makan, makan je. Nanti dah sakit selera dah hilang, apapun tak dapat telan. Hilang satu nikmat. Huh, mane boleh macam tuh. Kena tukar persepsi macam nih "Selagi boleh makan makanan sihat, makan makanan sihat je"


Muka korang dah macam nih ke?

Aku pun satu. Apa yang aku syok sendiri nih. =,='
-MSG-
Bukan shortform utk message tp monosodium glutamate. Ala yang ade dekat ajinomoto.
Tahukan anda Ajinomoto ianya diperbuat daripada ape? *Ayat nak skema.
Tahu tapi tak tahu?

Ianya dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi iaitu ubi kayu dan tebu.
Bahan-bahan mentah ini akan melalui proses pencairan dan sakarifikasi. Larutan kanji yang diekstrak daripada bahan-bahan mentah ditukar kepada larutan glukosa melalui tindak balas enzim. (Ubi kayu dgn tebu kan sejenis makan karbohidrat, senang citer die nak amik gula).

Lepas tuh pergi kepada proses penapaian. Mikrob menukar glukosa kepada asid glutamik dan larutan MSG dihasilkan. (Glukosa tuh macam jadi makanan si mikrob).

Larutan MSG ditukar kepada bentuk hablur/kristal melalui proses penghabluran dengan penyejatan air yang berlebihan dan dikeringkan dengan udara panas. Akhir sekali pembungkusan dan pemeriksaan.

Cuba korang tengok MSG nih takda expiry date!
Kebaikannya melazatkan makanan. Ade orang kate makin banyak MSG diletak makin lazat. Sebenarnya salah!.MSG berlebihan boleh menjejaskan kelazatan makanan. Sikit pun dah cukup. Biar ade rase umami sikit. Ape umami? Next post. =)
Kalau korang dah letak MSG, sekaligus korang dah kurangkan penggunaan garam dalam masakan. Korang tak letak dah banyak2 garam sebab rasa dah sedap. Ini boleh kurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Sila bezakan seasoning dgn MSG oke?

Keselamatan dibukti oleh Sains:

  • MSG adalah salah satu daripada yang bahan-bahan makanan dikaji secara meluas oleh itu organisasi antarabangsa saintifik dalam 40 tahun yang lalu. 
  • Akta dan Peraturan Makanan 1985 Malaysia & Peraturan mengiktiraf MSG sebagai bahan perisa makanan yang umum seperti garam dan lada sulah.
  • Penilaian drpd Pertubuhan Biologi Ujikaji Amerika Syarikat (FASEB) yang dianjurkan oleh Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) mengklasifikasikan MSG di bawah kategori "Secara umumnya Diiktiraf Selamat" (GRAS).
  • Jawatankuasa Pakar Bersama Mengenai Aditif Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu (JECFA), satu badan penasihat saintifik kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan Dan Pertanian (FAO) serta Jawatankuasa Saintifik Komuniti Eropah untuk makanan MSG adalah selamat. "Accetable Daily Intake" (ADI) untuk MSG adalah "Not Specified ". Ini makna yang menggunakan MSG yang tidak terhad dan tidak menjejaskan kesihatan.
    (Tak terhad jadi boleh guna banyak2? Sebagai contoh: untuk orang yg mempunyai berat 70kg jika mengambil MSG sebanyak 1kg, baru ianya menjejaskan kesihatan. Korang tengok 1kg banyak mane. Impossible kita boleh makan banyak itu kan? Kita guna MSG pun bukan macam letak gula dalam air kan.)
  • Majlis Pertubuhan Perubatan Amerika mengenai Hal-ehwal Saintifik mengiktiraf bahawa MSG adalah selamat.

Kalau dulu aku selalu bising kalau emak letak MSG dalam masakan. Sekarang aku tak bising sangat. Patut makanan sedap. Hehe.. Tp habit aku masak memang tak biase letak pun.
Kalau nak tengok tahap keselamatan makanan korang boleh google je. Mesti banyak kajian. Apa-apa pun bijaklah memilih makanan yang sihat!

P/S: Happy birthday to my sis today. I pray that u'll success here & here after.


Written by: Le Leyn


Monday, 7 January 2013

PiLih laa anTara dua~~ :D




Jgn bace dulu cite tuh..pilih nk OG1 atau OG2..cepatttttt~! (5saat)……..teeettt!!
Tak payah fikir byk2..okeyh da pilih???? JOm bace~~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ade dua orang gila (OG) yg sedang berbual di uma saket jiwa.

OG1 : (sambil naek atas meja) Kamu taw x????

OG2 : Taw ape?!

OG1 : Aku ini matahari(sambil agkt tgn tinggi2)~٩(͡๏̯͡๏)۶..lihatlah terang dunia ini d sbbkan aku!!

OG2 : (dlm hati) Jangan2 die ini bertambah gle, aku mesti lapor pd Doktor biar die tgok..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

~Sambil berlari-lari OG2 td pergi ke bilik Doktor dan menceritakan ape yg berlaku~

OG2 : Doktor, kwn saya itu mungkin bertambah gle!! (wat muke risau konon)

Dok : Kenape???? (wat2 bertanye)

OG1 : Benar Doktor, die naek ke atas meja sambil agkt tangan..die cakap die adalah
matahari..dunia ini terang die yang buat!!

Dok : Kalo begitu suro kwn kamu itu turun.

OG2 : Jangan Doktor!!!! Nanti kalo die turun..gelap dunia ini nanti..(mke sedih)~(╥_╥)

Dok : (⊙_◎)????@#$%
   

*Tiada kaitan dengan sesiapa. Sekadar menjadi hiburan.

ᵔᴥᵔ Kucing pun tahu tersenyum



Kalau senyum sorang-sorang macam mane pulak ya? 
\(^_^)/ [^_^]y

Ohh ya. Mane kucing yang tersenyum tuh. Kucing kan comel. Kalau korang senyum mesti comel. 1 2 3 Senyum.. wahh comelnya macam kucing. =)

Si Tembam

Written by: Le Leyn

Thursday, 3 January 2013

Kenalpasti 2: Peringkat hubungan kita dengan kawan2 di tahap mane?


Kali nih sambungan untuk peringkat2 seterusnya. Peringkat seterusnya nih kritikal sikit. Kalau korang ditahap seterusnya nih cepat2 pulihkan keadaan, pi kaunseling atau ape2 je lah sebelum jd lebih teruk. Kalau nak kaunselor boleh berjumpa Le Anna. =P


Membuat Perbandingan
Peringkat hubungan ini dah mula ade tanda2 hubungan nak jatuh. 
Mula lah nak nampak yg buruk je. Yg cantik semua dekat orang lain. Sebab tuh lah kalau berkawan tunjuk je perangai atau muka kita yg tak lawa ke ape. Hipokrit blh bertahan sekejap je. Biar orang suke ape adenya kita. cehcehceh. Jadi bila die mula cakap kucen nih nampak comel dari awaklah. Kita boleh balas bukan awk suke sy sbb sy memg tak comel kan. Jadi kita tak rase pun dibanding2kan. Bila takde ape nak dibandingkan harmoni lah. hehe..


Pembatasan
Mase ini dah mula kurang berkomunikasi.
Petanda2: bila die berkelakuan tak mcm dulu. Balik lewat, bertengkar, komitmen berkurangan, berdiam diri atau menarik diri dari berbincang.


Pengelakan
Mula wujud jarak. 
Mesej yg cuba disampaikan pun indirect. 
Alasan yg selalu diberi "saya sibuk sekarang".


Pemutusan hubungan
*Sobs :'(*
Yang berkawan baik jd tak berkawan atau musuh. Yg berkahwin nak bercerai.
Sebab2 berlaku semua nih:
sifat masing2 berubah
kurang pengisian dlm hubungan. Tak saling berhubung atau berkongsi. 
Tak bantu membantu lg.
Interaksi yg lemah. Jarang berjumpa bercerita. Taknak dengar cakap lagi.
Yang paling dibenci ialah disebabkan pihak ketiga. Ade kawan yg lagi bagus sehingga dirasekan kawan baiknya takde erti lg. Ade kekasih yg lg hensem ke cun ke.
Jadi jgn pilih org yg suke kpd fizikal atau keistimewaan orang lain. 
Tp memang susah nak carik yg ikhlas.

So, tahap mane hubungan korang dgn kawan2? Kalau yg tak kawan lg maybe adelah silap tuh. Kalau nak salahkan orang lain je tak boleh jugak. Nilai dan perbaiki diri kita. Mesti ade yg lebih hargai kita. Takpe. ALLAH kan ade. =)



p/s: Buat ape susah2 jaga hati orang lain. Jage je lah hati sendiri dulu kan. Bila terluka kita jugak yg rase sakit. 
Forever best friends aku sekrg Le Anna n Le Maya je lah. Tp ktorg tak selalu hang out same2 pun. Masing2 haluan berbeza. Tp still mesej, fb. Jauh di mate dekat dihati. Mesti budak berdua orang nih rase nak muntah. haha..

Written by: Le Leyn

Kenalpasti 1: Peringkat hubungan kita dengan kawan2 di tahap mane?


Kebiasaannya kita melabel kawan2 kita sbg kawan biase je, kawan baikk, kawan karib, kawan sejati dan macam2 lagi kan. Tapi kita jarang sedar ditahap mane kita dah berkawan dgn kawan kita itu td. Bila dah kawan karib sangat, kenal hati budi TAPI tibe2 tanpa diduga persahabatan renggang dan kita pun rase macam tak biase dah dgn dia. Nak gelak gila2 dgn die pun rase mcm malu2. (='_'=) Ini bermaksud pembalikan tembusan sosial dah berlaku. 

Ape tak faham? *Tak layak aku nak jadi cikgu rupenya. Oke aku cube terangkan satu2 peringkat hubungan bg faham ya.

Permulaan (Initiation)
Masa ini kita baru nak berkenalan dengan seseorang. Malu2 lg lah kan. Biasenya kte bagi salam. Tak pun hai hai je. Ape yg kita berbualkan pun yg ringan2 je. Dinasihatkan mase ini jgn tanye nama kalau kita rase die tak selesa dgn kita. Tanye dekat orang lain lah kalau nak tahu sgt. Pastu bila tahu dah name die. Bila terjumpa die balik pura2 lah nak teka name die. Biar die terkejut sikit. Err drama sangatt.


Mempertahankan (Sustain)
Kita taknak perkenalan tadi sekejap je macam tuh. Jadi kita kena buat sesuatu supaya tak putus macam tuh je. Pandai lah carik alasan masing2. Bila nak tanye soalan pastikan soalan itu menarik dan boleh buat die jawab panjang2. 
Tapi mase nih kita jangan berdiam diri sebab bila2 dua2 takde ape nak respon. Hilanglah ditiup angin. 
Masa nih jugak tak sesuai utk minta pertolongan atau pun meluahkan perasaan. 
*Tolonglah bersabar. Jgn takutkan orang lain dgn luahan kamu itu. =,= 


Penerokaan/Eksperimen
Peringkat ini korang dah boleh mula kupas bawang. Aku tak merepek lah! Maksudnya korang boleh start kenal mendalam kawan2 korang. Sikit demi sikit tahu. Jadilah orang penyabar. Kdg2 ade orang tak suke share byk sgt hal diri dia.
Masa nih pun korang boleh uji die. Utk lebih kenal sifat sebenar die. Adekah sesuai dgn kita ataupun die blh dipercayai.


Mempergiat hubungan (Intensifying)
Mase inilah biasenya kita sudah melabel kawan2 kita. Nak jadikan si A kawan karib. Si B kawan biase je lah. uhh.. 
Mase ini jugak ade yg sikit berani luahkan perasaan.
Kalau berkomunikasi pun secara kurang direct macam mintak tolong, sokongan, bagi hadiah, jumpa ibubapa.
Tapi mase nih kita still ade ragu2 lagi. Pastu sudah ade perasaan cemburu. kuikuikui..
Mestilah jeles bila kwn baik kita rapat dgn org lain kan. 


Integrasi
Mase ini dah ade perubahan sikap atau sifat. Takde dah malu2 nak cakap2. Tak cover nak sopan je depan kawan2 baik kita. Masing2 gile2. Gila-gila bukan gila.
Sikap bertanggungjawab nak tolong dari segi emosi dan material.
Pergi kafe tibe2 bawak duit tak cukup atau pun dompet tinggal. Tanpa diminta kawan baik kita pun bg pinjam. Kita pun takde rase ragu nak pinjam kan ape2 sbb kita dah kenal dia.
Nak mintak sesuatu pun secara terus.


Pengikatan (Bonding)
Apabila kita berkawan berlainan jantina lah kemungkinan utk ke peringkat ini ialah bila berisik, bertunang, berkahwin.
Ade jugak yg menjadi rakan kongsi perniagaan atau sebagainya lah.


Hahhh.. belum habis sampai tahap nih je. Kalau dlm cerita fairy tales atau drama2 Korea je yang selalu happy ending mcm nih. Sebab tuh aku suke tengok. Hehe..


Aku tunggu Putera Katak!


Tengok sambungan kat entry lagi satu ya! Klik --> Zaman keruntuhan. o_0? err..


Written by: Le Leyn

Wednesday, 2 January 2013

Probiotik VS Antibiotik

Semua mesti tahu ape itu antibiotik kan? Ala asal sakit demam je mseti doktor bagi ubat antibiotik dan pastu suruh kita habiskan. Tapi aku tak pernah dapat habiskan. Yelah bila dah sihat sape yg nak makan ubat lg kan. Tak sedap pulak tuh. Ngade gile aku. =,='

Bile nak translate terms BI ke BM nih agak pelik sikit lah kdg2 lebih2 lg saintifik punya. Tp aku tukar kpd bahasa biasa. Harap semua faham. =)

Antibiotik nih merupakan ubat yg melawan atau membunuh bakteria. Tak pun beliau dapat menghalang pertumbuhan bakteria je. Pengambilan antibiotik dlm jangka masa panjang sangatlah tidak elok kerana antibiotik tuh akan membunuh warga bakteria tanpa mengenal sesiape. Bakteria2 baik yg tidak berdosa juga turut dibunuh! =( 
Kat dlm badan kita nih bakteria baik nih lah yg mengharmonikan kesejahteraan dlm tubuh kita nih.

TAPI

Saudara kepada Antibiotik

iaitu

PROBIOTIK

mempunyai sifat yang berbeza dari saudaranya itu. Kenape?

Macam nih ceritanya, probiotik tuh mikroorganisma(biasenya bakteria) yang memberi kebaikan yang same mcm bakteria yang ade diusus kita. Mereka hidup harmoni dalam usus kita dan menentang bakteria jahat sahaja. Mereka nih kita boleh panggil sebagai bakteria yang mesra dan baik. Jom kawan dgn probiotik! Macam mane nak kawan? Sekrg kat pasaran byk sudah minuman probiotik mcm Yakult. Aku bukan agen atau promoter tp untuk berkongsi ilmu yg aku dpt je.

Bulan lepas Tahun Lepas, aku & kosmet pergi melawat kilang Yakult dekat Seremban N9. Semua dah lepas tp aku baru nak citer. Bukan malas tp busy (tak tipu.. =P).

Kami dibawa melawat tempat pemprosesan minuman Yakult yg ada satu2nya di Malaysia. Kilang nih memang dibina khas jugak kowt untuk para pelawat sbb dindingnya kaca membolehkan kita lihat dgn jelas tempat pemprosesan. Rekaannya kemas dan teliti. Separuh lg ruang kosong itu utk letakkan lg mesin2 jika permintaan tinggi pd masa depan. (Sgt berfikiran jauh kan!). 

Aku dah lari tajuk nih. Oke3 maaf. Hehe.

Yakult merupakan minuman kultur mengandungi bakteria lactobacillus yang berupaya sampai ke usus secara hidup, melawan bakteria "jahat" sekaligus memberi kekuatan kepada usus menjadi lebih sihat. 
Masa korang nak exam atau kena buat keje menimbun-nimbun pernah tak korang kena "constipation/sembelit"? Pernah? Kenape eh? Sebab kte happy kan.. eh STRESS kan? >,< Stress nih merupakan faktor yg mempengaruhi keseimbangan usus kita (intestinal flora). Faktor2 lain termasuklah penuaan, jangkitan, diet tak seimbang dan pengambilan antibiotik
Bila korang minuman probiotik ini, ianya akan membantu menyeimbangkan semula usus korg. Jadi penyakit cirit-birit dan sembelit dapat dikurangkan. Sebenarnya byk lagi kajian2 yg dah dijalankan dan byk kebaikan minuman kultur ini dlm mengurangkan byk jenis penyakit. Mungkin korg boleh search sendiri sbb aku tak larat nak citer. (Bukan malas tp takut korg bosan pulak entry panjang panjang).

TIPS Minuman Kultur:
  • Jangan minum sewaktu perut kosong
  • Mase terbaik untuk minum ialah selepas makan - perut akan kurang berasid so lebih byk bakteria2 baik ini hidup dan lepas ke usus
  • Jangan lupa goncangkan dulu sebelum minum sebab minuman nih tak mengandungi stabilizer jd kdg2 susu kat atas, air kat bawah.
  • Pastikan jangan diminum bersama dengan antibiotik. Tiada kesanlah minuman probiotik sebab antibiotik bertindak menyerang semua2 bakteria2. Kalau anda dikehendaki mengambil antibiotik jugak, lepas 3-4 jam baru boleh minum probiotik.
  • Tak perlu dididihkan sebab ianya akan menyahkan bakteria2 tersebut. Yelah biasenya minum petang teh atau kopi panas tbe2 rase nak buat yakult panas. Jangan Jangan Jangan.
  • Tapi kalau korang nak buat ice blended ke yakult shake ke tak jadi masalah. Blender takkan mengisar bakteria2 tuh. =P Bila suhu sejuk bakteria ini tak aktif tp apabila diminum ianya akan aktif semula sbb suhu optimum die aktif same dengan suhu badan kita. =) Jadi nak minum sejuk-sejuk tak jd masalah.
  • Kalau nak lebih jaga paras gula korang minum Yakult Ace light (Biru) sbb kalori rendah berbanding Yakult Ace (Merah). Yakult Ace Light guna glucose + fructose( gula buah) sbb tuh die mahal sikit. Dua2 Yakult pun sesuai diminum sesiape sahaja sebab indeks glisemik (GI) rendah
  • Satu paket ade 5 botol. Nak habiskan semua sekaligus tak jd masalah. Tp membazir. Bakteria yang berlebihan akan disingkirkan jugak. Jd satu hari paling byk 2 botol je cukup. Esok minum lg. Aku tahu minum sebotol tak puas sebab tbe2 je dah habiskan. =,= 
  • Korang boleh letak minuman kultur ini kat luar dari peti sejuk tp pastikan selama 1-2 hari sahaja. 
  • Sebotol minuman kultur yg korang minum ada lbh kurang 30 billion bakteria2 yg dpt bertahan dlm usus korg selama 1-2 minggu bergantung kpd keadaan individu.
  • Bagi yg allergik terhadap susu lembu atau kanak2 yg mempunyai "lactose intoleranse" tak boleh minum. Tetapi kalau org dewasa yg mempunyai "lactose intoleranse" boleh membiasekan diri dgn fermented food/drink mcm susu kultur ini.



p/s: 1st thing dlm fikiran aku. Aku kagum dgn org Jepun sbb mereka berfikiran jauh ke hadapan. *Jadikan teladan : Buat sesuatu dgn ikhlas utk menolong org bukan utk mengaut keuntungan*


Written by: Le Leyn

Tuesday, 1 January 2013

Selamat datang 2013

Alhamdulillah tahun 2013 menjelma jugak. Dulu2 kan kte disogokkan dgn cerita barat mengatakan 2012 dunia berakhir tp siape mereka nak meramal2. Yg berkuasa ALLAH swt. Ramai yg main-main dgn mengatakan kiamat lah ape lah. Mcm tak takut langsung. Same2 lah kte berdoa supaya mempunyai akidah yg mantap & tak mudah terpesong. Amin.

Asal tahun baru je mesti ada jugak ayat azam baru. Betul tak? Masing-masing mulalah nak list kan azam2 baru. Orang pun mesti duk tanye ape azam baru kan. Aku pun dulu suke buat senarai azam2 baru tp macam tak sungguh2 je laksanakan. Hangat2 tahi kucen je aku nih. 
(kucen: mane tahu tahi kucen hangat? ayam: abes tuh mane tahu tahi ayam hangat? errrrrr.. =,=' )

Tp tak salah pun nak berazam kan sbb semua perbuatan harus bermula dgn niat yang baik. Kalau byk kte senarai azam2 yang baik maka byklah niat2 baik kita makin baiklah kte. Eh yeke? In Sha ALLAH.

Tengah musim final exam awal2 tahun nih jd kompem2 lah azam semangat nak study kurangkan tdo tp yg jd semangat nak tdo kurangkan study.
 Ha-Ha-Ha

Ape nak jadi nih??????




Hangat-Hangat Tahi kucen


Written by: Le Leyn