Wednesday, 2 January 2013

Probiotik VS Antibiotik

Semua mesti tahu ape itu antibiotik kan? Ala asal sakit demam je mseti doktor bagi ubat antibiotik dan pastu suruh kita habiskan. Tapi aku tak pernah dapat habiskan. Yelah bila dah sihat sape yg nak makan ubat lg kan. Tak sedap pulak tuh. Ngade gile aku. =,='

Bile nak translate terms BI ke BM nih agak pelik sikit lah kdg2 lebih2 lg saintifik punya. Tp aku tukar kpd bahasa biasa. Harap semua faham. =)

Antibiotik nih merupakan ubat yg melawan atau membunuh bakteria. Tak pun beliau dapat menghalang pertumbuhan bakteria je. Pengambilan antibiotik dlm jangka masa panjang sangatlah tidak elok kerana antibiotik tuh akan membunuh warga bakteria tanpa mengenal sesiape. Bakteria2 baik yg tidak berdosa juga turut dibunuh! =( 
Kat dlm badan kita nih bakteria baik nih lah yg mengharmonikan kesejahteraan dlm tubuh kita nih.

TAPI

Saudara kepada Antibiotik

iaitu

PROBIOTIK

mempunyai sifat yang berbeza dari saudaranya itu. Kenape?

Macam nih ceritanya, probiotik tuh mikroorganisma(biasenya bakteria) yang memberi kebaikan yang same mcm bakteria yang ade diusus kita. Mereka hidup harmoni dalam usus kita dan menentang bakteria jahat sahaja. Mereka nih kita boleh panggil sebagai bakteria yang mesra dan baik. Jom kawan dgn probiotik! Macam mane nak kawan? Sekrg kat pasaran byk sudah minuman probiotik mcm Yakult. Aku bukan agen atau promoter tp untuk berkongsi ilmu yg aku dpt je.

Bulan lepas Tahun Lepas, aku & kosmet pergi melawat kilang Yakult dekat Seremban N9. Semua dah lepas tp aku baru nak citer. Bukan malas tp busy (tak tipu.. =P).

Kami dibawa melawat tempat pemprosesan minuman Yakult yg ada satu2nya di Malaysia. Kilang nih memang dibina khas jugak kowt untuk para pelawat sbb dindingnya kaca membolehkan kita lihat dgn jelas tempat pemprosesan. Rekaannya kemas dan teliti. Separuh lg ruang kosong itu utk letakkan lg mesin2 jika permintaan tinggi pd masa depan. (Sgt berfikiran jauh kan!). 

Aku dah lari tajuk nih. Oke3 maaf. Hehe.

Yakult merupakan minuman kultur mengandungi bakteria lactobacillus yang berupaya sampai ke usus secara hidup, melawan bakteria "jahat" sekaligus memberi kekuatan kepada usus menjadi lebih sihat. 
Masa korang nak exam atau kena buat keje menimbun-nimbun pernah tak korang kena "constipation/sembelit"? Pernah? Kenape eh? Sebab kte happy kan.. eh STRESS kan? >,< Stress nih merupakan faktor yg mempengaruhi keseimbangan usus kita (intestinal flora). Faktor2 lain termasuklah penuaan, jangkitan, diet tak seimbang dan pengambilan antibiotik
Bila korang minuman probiotik ini, ianya akan membantu menyeimbangkan semula usus korg. Jadi penyakit cirit-birit dan sembelit dapat dikurangkan. Sebenarnya byk lagi kajian2 yg dah dijalankan dan byk kebaikan minuman kultur ini dlm mengurangkan byk jenis penyakit. Mungkin korg boleh search sendiri sbb aku tak larat nak citer. (Bukan malas tp takut korg bosan pulak entry panjang panjang).

TIPS Minuman Kultur:
  • Jangan minum sewaktu perut kosong
  • Mase terbaik untuk minum ialah selepas makan - perut akan kurang berasid so lebih byk bakteria2 baik ini hidup dan lepas ke usus
  • Jangan lupa goncangkan dulu sebelum minum sebab minuman nih tak mengandungi stabilizer jd kdg2 susu kat atas, air kat bawah.
  • Pastikan jangan diminum bersama dengan antibiotik. Tiada kesanlah minuman probiotik sebab antibiotik bertindak menyerang semua2 bakteria2. Kalau anda dikehendaki mengambil antibiotik jugak, lepas 3-4 jam baru boleh minum probiotik.
  • Tak perlu dididihkan sebab ianya akan menyahkan bakteria2 tersebut. Yelah biasenya minum petang teh atau kopi panas tbe2 rase nak buat yakult panas. Jangan Jangan Jangan.
  • Tapi kalau korang nak buat ice blended ke yakult shake ke tak jadi masalah. Blender takkan mengisar bakteria2 tuh. =P Bila suhu sejuk bakteria ini tak aktif tp apabila diminum ianya akan aktif semula sbb suhu optimum die aktif same dengan suhu badan kita. =) Jadi nak minum sejuk-sejuk tak jd masalah.
  • Kalau nak lebih jaga paras gula korang minum Yakult Ace light (Biru) sbb kalori rendah berbanding Yakult Ace (Merah). Yakult Ace Light guna glucose + fructose( gula buah) sbb tuh die mahal sikit. Dua2 Yakult pun sesuai diminum sesiape sahaja sebab indeks glisemik (GI) rendah
  • Satu paket ade 5 botol. Nak habiskan semua sekaligus tak jd masalah. Tp membazir. Bakteria yang berlebihan akan disingkirkan jugak. Jd satu hari paling byk 2 botol je cukup. Esok minum lg. Aku tahu minum sebotol tak puas sebab tbe2 je dah habiskan. =,= 
  • Korang boleh letak minuman kultur ini kat luar dari peti sejuk tp pastikan selama 1-2 hari sahaja. 
  • Sebotol minuman kultur yg korang minum ada lbh kurang 30 billion bakteria2 yg dpt bertahan dlm usus korg selama 1-2 minggu bergantung kpd keadaan individu.
  • Bagi yg allergik terhadap susu lembu atau kanak2 yg mempunyai "lactose intoleranse" tak boleh minum. Tetapi kalau org dewasa yg mempunyai "lactose intoleranse" boleh membiasekan diri dgn fermented food/drink mcm susu kultur ini.



p/s: 1st thing dlm fikiran aku. Aku kagum dgn org Jepun sbb mereka berfikiran jauh ke hadapan. *Jadikan teladan : Buat sesuatu dgn ikhlas utk menolong org bukan utk mengaut keuntungan*


Written by: Le Leyn

No comments:

Post a Comment