Aku masak memang tak letak nih. Dari mane entah aku dengar ianya boleh datangkan banyak penyakit mcm migraine lah. Tapi makan jugak makanan ringan. Bukan lagi banyak ke ade? Siape tak suka keropok dan seangkatan dengannya. Tapi aku lagi nak pilih makanan yang ade benda tuh. Bajet masak sihat-sihat je kat uma. Bila keluar melantak je apa-apa. Selagi boleh makan, makan je. Nanti dah sakit selera dah hilang, apapun tak dapat telan. Hilang satu nikmat. Huh, mane boleh macam tuh. Kena tukar persepsi macam nih "Selagi boleh makan makanan sihat, makan makanan sihat je"
Muka korang dah macam nih ke?
Aku pun satu. Apa yang aku syok sendiri nih. =,='
-MSG-
Bukan shortform utk message tp monosodium glutamate. Ala yang ade dekat ajinomoto.
Tahukan anda Ajinomoto ianya diperbuat daripada ape? *Ayat nak skema.
Tahu tapi tak tahu?
Ianya dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi iaitu ubi kayu dan tebu.
Bahan-bahan mentah ini akan melalui proses pencairan dan sakarifikasi. Larutan kanji yang diekstrak daripada bahan-bahan mentah ditukar kepada larutan glukosa melalui tindak balas enzim. (Ubi kayu dgn tebu kan sejenis makan karbohidrat, senang citer die nak amik gula).
Lepas tuh pergi kepada proses penapaian. Mikrob menukar glukosa kepada asid glutamik dan larutan MSG dihasilkan. (Glukosa tuh macam jadi makanan si mikrob).
Larutan MSG ditukar kepada bentuk hablur/kristal melalui proses penghabluran dengan penyejatan air yang berlebihan dan dikeringkan dengan udara panas. Akhir sekali pembungkusan dan pemeriksaan.
Cuba korang tengok MSG nih takda expiry date!
Kebaikannya melazatkan makanan. Ade orang kate makin banyak MSG diletak makin lazat. Sebenarnya salah!.MSG berlebihan boleh menjejaskan kelazatan makanan. Sikit pun dah cukup. Biar ade rase umami sikit. Ape umami? Next post. =)
Kalau korang dah letak MSG, sekaligus korang dah kurangkan penggunaan garam dalam masakan. Korang tak letak dah banyak2 garam sebab rasa dah sedap. Ini boleh kurangkan risiko tekanan darah tinggi.
Sila bezakan seasoning dgn MSG oke?
Keselamatan dibukti oleh Sains:
- MSG adalah salah satu daripada yang bahan-bahan makanan dikaji secara meluas oleh itu organisasi antarabangsa saintifik dalam 40 tahun yang lalu.
- Akta dan Peraturan Makanan 1985 Malaysia & Peraturan mengiktiraf MSG sebagai bahan perisa makanan yang umum seperti garam dan lada sulah.
- Penilaian drpd Pertubuhan Biologi Ujikaji Amerika Syarikat (FASEB) yang dianjurkan oleh Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Amerika Syarikat (USFDA) mengklasifikasikan MSG di bawah kategori "Secara umumnya Diiktiraf Selamat" (GRAS).
- Jawatankuasa Pakar Bersama Mengenai Aditif Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu (JECFA), satu badan penasihat saintifik kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan Dan Pertanian (FAO) serta Jawatankuasa Saintifik Komuniti Eropah untuk makanan MSG adalah selamat. "Accetable Daily Intake" (ADI) untuk MSG adalah "Not Specified ". Ini makna yang menggunakan MSG yang tidak terhad dan tidak menjejaskan kesihatan.
(Tak terhad jadi boleh guna banyak2? Sebagai contoh: untuk orang yg mempunyai berat 70kg jika mengambil MSG sebanyak 1kg, baru ianya menjejaskan kesihatan. Korang tengok 1kg banyak mane. Impossible kita boleh makan banyak itu kan? Kita guna MSG pun bukan macam letak gula dalam air kan.) - Majlis Pertubuhan Perubatan Amerika mengenai Hal-ehwal Saintifik mengiktiraf bahawa MSG adalah selamat.
Kalau dulu aku selalu bising kalau emak letak MSG dalam masakan. Sekarang aku tak bising sangat. Patut makanan sedap. Hehe.. Tp habit aku masak memang tak biase letak pun.
Kalau nak tengok tahap keselamatan makanan korang boleh google je. Mesti banyak kajian. Apa-apa pun bijaklah memilih makanan yang sihat!
P/S: Happy birthday to my sis today. I pray that u'll success here & here after.
P/S: Happy birthday to my sis today. I pray that u'll success here & here after.
No comments:
Post a Comment